Sebelum membuat pesanan katering, pihak penganjur hendaklah menghubungi Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bangi terlebih dahulu bagi mendapatkan pengesahan tarikh serta kekosongan penggunaan Dewan Makan.
Ini kerana pengurusan, penyelenggaraan dan penjadualan penggunaan Dewan Makan adalah di bawah seliaan pihak ILIM Bangi.
Permohonan ini adalah bagi tujuan penyediaan sebut harga. Pengesahan tempahan hanya akan dibuat selepas mendapat pengesahan rasmi daripada pihak ILIM Bangi dan TENSAI Resources Sdn. Bhd.